Domo-kun Waving His Hands bulan keizy: April 2011

Tuesday, April 26, 2011

sayang kamu ..

..صبر..


bismillahirahmanirahim
assalamualaikum w.b.t

S.A.B.A.R
xsiapa tahu susahnya sabar itu
melainkan mereka sudah merasainye sendiri

kegopohan dalam menanti hasil amal
adalah sifat cendeng seorang daie

tidak patut kita mendesak Allah mendatangkan hasilnya pada kita
tidak patut kita meminta dipercepatkan saat itu

kerana jiwa hamba xpernah tahu
ape yang dirancangkan oleh TUANnya

maka bersabar la kamu dalam beramal
kerana amal kamu itu tak siapa tahu hasilnya

kegopohan dalam melihat hasil
bakal menghasilkan kegopohan pada kerja

dan lama2 bole jadi hasil yang kita kejar
lebih dari matlamat hasil itu sendiri

tergesa2 dan gopoh akan menyebabkan kamu memetik buah yang xmasak
dan menanti tanpa berbuat adlah kelalaian seorang daie

jadi sabar lah dan sertakan bersama kesabaran itu sebuah jiwa hamba
yang redha, lapang dada, terus beramal
sampai Allah mendatangkan keputusanNYA

...
صبر

..ANTARA LALAI DAN SEDAR..

Golongan lalai mengatakan begini:

Kebahagiaan terletak pada sikap berdiam diri,pada malu dan kebekuan,
pada hidup bersama famili, dan bukannya hidup orang berhijrah dan terusir
Pada berjalan di belakang kenderaan; mewah dan dengan langkah yang longlai,
Pada ikut sahaja ape yg orang katakan, tanpa tentangan dan konfrontasi
Pada ikut sahaja sahaja ke mana rombongan bergerak, kamu dipimpin, bukan memimpin,
Pada hanya BERSORAK utk setiap pemerintah; hidup kamu...selama-lamanya...

Dan beginilah harusnya kita berkata:

Hidup ini adalah gerakan, bukan diam dan bukannya beku,
Hidup ini adalah bersungguh-sungguh, akan berjuangkah orang yang hanya duduk berpeluk tubuh?
Hidup adalah menikmati lazatnya susah, bukan bersedap-sedap dengan tidur.
Ia adalah membela hak,merdekakah orang yang tdk membela haknya?
Hidup adalah kamu merasa kehinaan itu laksana air nanah.
Hidup ialah kamu hidup sebagai khalifah dibumi, tugas kamu memimpin,
Kami bole berkata "NO" dan "YES", apabila kamu mahu
dengan pandangan yang tajam..

~Yusuf al qardhawi~
Dipetik dari: Formula yang hanya difahami oleh Rijal, MAAR

ur veveRetoO,,,




this is for you...dear... ;)

Saturday, April 23, 2011

renungan bersama...

Assalamualaikum wbt..
Bismillah walhamdulillah..

Syukur yang tak terhingga kupanjatkan kepada-Mu ya Allah. Akhirnya, berjaya juga aku melawan nafsu malasku, menguatkan diri untuk mencoret tentang emak tercinta..

Sekali-sekala, teralun di mindaku melodi indah, nasyid berjudul 'Buatmu Ibu' dendangan kumpulan dak kecik Ae-man.

>>>Ibu...bergenang air mataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian

Di saat ini, terbayang wajah emak yang tulus sekali. Tergambar segunung kasih-sayang di sebalik sekuntum senyuman di wajahnya. Segunung? Erm..mungkin perkataan ini masih belum cukup untuk menggambarkan betapa luasnya kasih-sayang yang telah emak curahkan buat aku, tak tergambar dengan kata-kata.


Biarpun kepahitan telah engkau rasakan
Tidak pun kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu
Dari kecil hingga dewasa

Jasa emak terhadap aku dan adik-beradik lain amat besar. Emak lah yang mendidik kami adik-beradik sejak kecil.. Kami tidak dimasukkan ke mana-mana tadika mahupun PASTI, sebaliknya emak lah yang sabar mengajar kami mengenal 'ABC' dan 'ا ب ت ', emaklah yang mengajar kami mengaji, emaklah yang mengajar kami menunaikan rukun Islam yang ke-2 dan emak juga lah yang mendidik kami dengan nilai-nilai akhlaq Islamiyah sejak kecil lagi, bergandingan dengan ayah.

Seronok jugak bila dah pandai mengaji sejak dari rumah lagi.. Masa aku masuk darjah 1, kami start belajar daripada Iqra' 1 balik, sedangkan aku dah start baca Quran dah sebenarnya kat rumah.. So, lancar jelah aku baca Iqra' dalam kelas..cepat je habis sampai Iqra' 6..huhu.. Apa lagi, ustazah pun tanyalah belajar kat mana. Aku dengan bangganya jawab mak ajar kat rumah.. Thanks, mak!

Hidupmu kau korbankan
Biarpun dirimu yang telah terkorban
Tak dapat ku balasi akan semua ini
Semoga Tuhan membekati kehidupanmu ibu

Lagu nasyid 'Buatmu Ibu' terus beralun di mindaku.. Lantas aku teringat akan pengorbanan-pengorbanan emak terhadapku. Satu per satu menerjah di ingatanku.

Pertama sekali, aku masih ingat lagi, emak pernah ceritakan tentang saat-saat beliau sakit ingin melahirkan aku di atas katil hospital segamat,johor. Ketika itu, ayah tiada. Emak dah sakit nak bersalin, dah turun tanda dah (emak cakap macam ni,aku tak paham pun sebenarnye).. Di hospital, mak selamat melahirkan aku tanpa kehadiran ayah di sisi (ayah otw dari jb time tu, kalau tak silap).

Kemudian, mak ceritakan bahawa ada seorang lelaki berjubah putih,kebetulan imam kampung kiteorang kat muar yang azankan aku, tapi mak tak tau siapa nama dia. Moga-moga lelaki itu merupakan hamba soleh utusan Allah SWT. Aku masih ingat kata-kata mak ketika bercerita kepadaku. "Emak ni berkorban betul-betul lah untuk anak-anak.. Tapi nanti korang?" Berkaca-kaca mataku mendengar luahan hati seorang insan mulia bergelar IBU ini..

Ibu...kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amat aku harapkan
Kerana di situ letak syurgaku

Jika difikirkan, banyak sekali perbuatan, kata-kata ku yang telah mengguris, menghiris dan melukakan hati mak.. Maafkan kita mak..!

Ada pernah sekali tu, masa kecik-kecik dulu, sekitar umur aku 9,10 tahun... Emak terasa hati dengan kitaorang, tak ingat dah sebab apa.. Emak merajuk, terus masuk dalam bilik. Mak kunci pintu.. Punyalah nakal kitaorang, kitaorang pun jengah kat tingkap dari luar. Kitaorang intai tengok mak tengah merajuk.. Lucu jugak bila fikir balik..huhu.. Maafkan kami mak..!

Erm..teringat pulak masa kecik-kecik dulu, sebelum masuk darjah satu.. Setiap kali aku buat salah kat mak , aku tak berani mintak maaf terus, malu pun ada.. Biasanya, aku akan tunggu malam.. Bila mak dah tidur, aku akan kejut mak dan mintak maaf dan cium pipi mak.. Masa tu mak tengah mamai, mudah sikit nak mintak maaf..huhu.. Bijak kan..ngee~


Tabahnya kau melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan

Mak memang seorang yang sangat tabah didik kitaorang 3 adik-beradik. Kita, bila sorang adik buat salah pun dah rasa geram sangat, bayangkan pulak seorang ibu yang kena sabar dengan macam-macam kerenah 3 orang anak-anak. Diuji pulak oleh Allah dengan anak bongsunya suke buat perangai.. tuhan je tahu perasaan mak

Ketabahan mak menjalani jerih-perih kehidupan memang telah terserlah sejak kecil lagi. Emak tak hidup dengan  ibu tercinta sejak emak masih sangat kecil lagi, ketika berusia 4 tahun.emak dibesarkan oleh neneknya (moyang aku). Emak banyak berdikari. Kesedaran mak tentang agama amat tinggi sejak kecil lagi, walaupun kurang ditekan oleh nyang (panggilan untuk moyang). Masa sekolah rendah kalau tak silap aku, mak sendiri yang mintak nyang jahitkan/belikan telekong untuk mak. Masa sekolah menengah, mak dah pandai jahit baju sendiri. Emak ke sekolah berkayuh naik basikal (spedar orang jawa cakap) dengan sepupunya yang dah dianggap macam adiknya sendiri.


Macam ayah, mak jugak seorang yang jaga ibadah. Selain ibadah wajib, mak juga istiqamah dengan ibadah sunat. Solat sunat 2 umum biasa juga aku lihat mak lakukan.

Ada satu lagi yang aku betul-betul kagum dengan mak. Masa ayah merisik mak melalui kawan, jawapan mak adalah: "Saya terima dia asalkan dia seorang yang adil." Fuh, hebat! TAHNIAH ayah, dapat isteri sehebat mak..!(even ayah ada isteri yang tua) TAHNIAH juga buat mak, dapat suami sehebat ayah yang sangat adil..! Moga anak-anaknya pun hebat mengikut jejak ayah dan emak..amien..


Kasih sayangmu sungguh bernilai
Itulah harta yang kau berikan

Bit-bit lagu 'Buatmu Ibu' dendangan kumpulan Ae-man masih lagi bermain di mindaku..mak baik sangat..! Kasih-sayang yang mak dah curahkan kat aku melimpah-ruah, tak tergambar dengan kata-kata.. Shaaayang, mak shangat2!

Kasihanilah, Tuhan..
Ibu yang telah melahirkan diriku
Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku
Moga bahagia ibu di dunia dan di akhirat sana

Buat emak tersayang, kita mintak maaf atas segala salah dan silap kita. Maaf andai sering melukakan dan mengguris hati mak. Terima kasih atas segala jasa, didikan dan tarbiyah yang telah emak berikan kepada kita. Tak mampu kita balas semuanya. Semoga kebahagiaan dan ketenangan jiwa menjadi anugerah Allah buat mak di dunia dan akhirat. Doakan kita moga terus istiqamah dengan perjuangan Islam. Uhibbuki ya ummi, hubban jamma..!

"Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ah" dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun)."

(al-Isra', 17:23)

"Ya Allah, aku bersyukur kepada Mu,
atas anugerah yang amat berharga buat ku,
anugerah seorang ibu yang hebat,
anugerah seorang ibu yang mulia,
anugerah seorang ibu yang berjiwa pejuang ..
Maka, Kau anugerahkanlah pula kepadanya,
anak-anak yang soleh dah solehah,
yang bakal mendampinginya di syurga kelak..
Amien ya Rabbal 'alamin.."

I love my mum very much..! (^_^)

"My Mother, My Inspiration"

Wednesday, April 20, 2011

picture by keizy
Kecantikan yang sejati tidak terletak pada penampilan tubuh namun di dalam hati. Harta karun yang hakiki tidak terletak pada apa yang biasa bisa terlihat,
namun pada apa yang tidak dapat terlihat. Cinta yang sejati tidak terletak pada apa yang telah dikerjakan dan diketahui, namun pada apa yang telah
dikerjakan namun tidak diketahui…


karya al fonso di AL buqerketukakibenjOl

Sunday, April 17, 2011

i found u..

yOu dOnt haVe tO fiNd a PerFect PERSON tO be yOur perFecT sOmeone speCiaL iN yOur liFe...it'S jusT niCe tO haVe a TruE persOn wHo iS perfEcT FOR EACH OTHER when bOth of uS 2getHer

"engkO"

aku ase ko mula hadir dalam hidup aku 3 tahun lepas kot.myb bg org2 bese 3thun tu baru je kot.tp bg aku 3 thun ni mcm2 kenangan yg aku dapat,mcm2 mnde dan pengorbanan yg da ko buat dan akn aku igt hingga akhir hayat aku. mula2 aku sangka ko cume sorang kawan bese,mat bunge bunga yg cume tawu tolong mak jg kedai bunga.haha,nth pape ayat aku ni.bile ko dok serumah ngn aku,hari2 kite makan sama,layan dvd,lagu same2(walaupun sbnrye aku xlayan music electro sgt,isyyhhh...memg taakkk ahh), tp pe pun untuk ko,aku ley on je.nape???ni yg mula jadi persoalan dalam hidup aku.tak kan la aku akan memiliki sorang lagi sahabat yg terbaik dalam hidup aku time aku senang dan susah?tp sahabat yg tikam belakang aku lagi.cukup la skali dulu.aku harap ko x mcm tu.semua mula jelas bile duit aku jatuh merudum hujung tahun 2009.xmcm hari2 plak kan aku makan maggie je.muke da mcm maggie.da la aku xmkn maggie laen.mslhnye yg ko plak layankan je makan maggie yg same.aduyai,1 pack de 5 bgkus.sehari setiap sorang sebungkus,bermaksud 1 pack utk 2 hari.de balance 1 bgkus?so?setiap hari ke 3 mesti sebungkus tu kongsi 2 org.emm..susah aku,nape ko plak perlu rasa sama?aku ase baik ko dok ngn mak ko lg caree.laa,bile ko cerita,akhirnye aku dengar gk masalah ko,baru aku tahu menaper sbabnye.hari beganti hari,mnggu berganti minggu,bulan berganti bulan(time ni bulan xde lg).ayah aku sakit la plak.tak sangka plak ko nk follow aku alek sgamat.mule2 agak terkejut mak aku sebab tengok aku de kawan yg rambut panjang berbaju munge2..haha,lawak..belum masuk umah lagi,mak aku da tanya.perempuan mana plak ni..parah2 bai..berdekah kiteorang ketawa..xabes lagi,sok bangon tido xmacam plik ngn kompius plak kan ayah aku tengok kiteorang,sampai tak tawu nk bezekn mana satu anak dia.memang ramai yg cakap,tp nth la..pada aku ko jauh lagi market dr aku.lg rare..yg sket plak kn pminat ko..haha,pning da aku tgok.soknye kiteorg nak gerak melaka.tak aleh2 plak ayah aku sakit sampai nk kene anta kat putrajaya.ko layankan je ek.aku da mule ase susahkan ko,walaupun ko keje membute je dalam kete xkesah la g mane pun.lagi mengejutkan aku,dan kiteorang semua,sampai je kat uma akak aku kat bukit jelutong,bukan anak2 ayah aku yg tolong dia,tapi nape mesti ko?aduhh..nth pape,tolong mnde lain ley accept lg,ni tolong bkakkan kasut ngn stokin ayah aku.nak nanges aku time tu.aku sendiri tak pernah bukakkan mana2 stokin ayah mmber2 aku.mak aku memang da menitiskan airmata da time tu.mujur kau xnampak.mende ni penah jadi buah cerite dalam famili aku.man,man..malam tu xmacam kiteorang tido,pehh xbyk plak nyamok kan dalam kete,tggu ayah aku kat hospital putrajaya.jawapan yg bermain dalam fikiran aku hampir terjawab.tp hati aku pun mule xsdap tgok condition ayahaku yg x tip top time ni.umur pn da 80,xkn la dia nk tggalkn aku skrg ni..jgnla..plzz..last2 kene transfer wad diraja johor,snang sket nk mikir port nk tdo time nk jg nt.haha..247 aku ko dan mak jaga dia an?susahkn ko lagi.adeyh..bg makan ayah aku,sahur kt hospital,buke pose kat hospital,life ko yg ade plak seyh time tu.cepatla sembuh wahai ayahku..aduyai,harapan aku hancur time tu.tp nk watcmne,redha,redha,dan redha..ko la yg bawak mak aku ke kubur pg tu kn?walaupun agk lmbt sbnarnye.haha..yg ko gi follow sultanah tu nape? idea bijak gk la tu,avoid jem..masa berlalu..thun pn berlalu..byk mnde ko susah senang ngn aku.dan byk mnde gk yang aku da susahkan ko.pasal rim.pasal ex aku,pasal bulan.semua ko tolong.ko kene buang kje sbb tolong aku,menaper?emm...thanks so much dok.aku xtawu nk bals jasa ko cmne dah.apa yg aku ada aku akn cube kngsi dgn ko.aku berjaya,ko pun mesti berjaya.rlex je dok,kite mesti bkak bisnes gk sama2 nanti.rlex je...

peace brother..